Pages

Sunday, April 14, 2013

Perbandingan Dua Aliran Politik Malaysia

Sejak kebelakangan ini aku begitu  minat ambil tahu mengenai perkembangan politik tanah air.
Mengimbau kembali zaman kanak-kanak, aku selalu ikut ayah pergi usrah Abim. Seingat aku umur mungkin 5-6 tahun. Tapi aku hanya tidur sahaja. Aku tahu aku mengecewakan ayah. Ya, mungkin ketika itu masih kecil, tapi pengalaman aku sehingga kini semacam itu juga. Aku sering tertidur ketika kuliah agama.

Berbalik kepada isu politik semasa, aku rasa banya persoalan yang menghantui rakyat Malaysia. Pelbagai tuduhan antara dua pihak yang perlu diselesaikan secara bersemuka. Aku banya tertarik dengan tawaran dari PR, untuk berlaku adil, aku mengikuti laporan dan berita dari kedua-dua pihak.

Bagi mereka yang masih di atas pagar, perbandingan dari dua sumber berikut mungkin boleh dijadikan panduan.

BN
Watan Harian
Mymassa
Papagomo
Novandri
Gerakan Anti PKR
Empayar Pemuda




PR
GreenBoc
EraPasca 
Milosuam
MSO
Dari Sungai Derhaka
Tukartiub
Amenoworld

UMUM
Direktori Politik






Wednesday, April 3, 2013

Posting yang ini pula berkaitan dengan Komputer.

Computer Guide

Rujukan untuk Peralatan PA Sistem

Ada beberapa laman web yang selalu aku buka berkaitan dengan PA Sistem. Antaranya dilampirkan kat bawah sebagai rujukan aku .

Behringer
AVEM
C&M Music
MIPRO
EMIX
ultimatemusic
BRIOSTUDIO
CMY

Wednesday, January 16, 2013

Kegunaan Mail Marge

Apakah Kegunaan Mail Merge dalam Microsoft Office

Mail merge adalah suatu proses untuk membuat surat-surat peribadi, sampul beralamat atau label surat menggunakan microsoft word. Dokumen ini akan mengandungi maklumat tetap yang sama untuk setiap surat dan pembolehubah sebagai ruang letak yang akan digantikan dengan perkataan dari sumber data.

Sumber data biasanya spreadsheet atau database yang ada "field" atau "coloumn" untuk setiap pembolehubah  dalam template.

Apabila kita melaksanakan aplikasi mail merge, word processing membuat dokumen output untuk setiap baris dalam database, menggunakan perkataan tetap dalam template tetapi menggantikan data pembolehubah dalam template dengan nilai yang sepadan dari columns.




Mail Merge adalah satu kaedah mengambil data dari spreadsheet pangkalan data, atau bentuk lain data berstruktur, dan memasukkan ia ke dalam dokumen seperti surat, label mel, dan tag nama. Ia biasanya memerlukan dua fail, satu menyimpan data pembolehubah yang akan dimasukkan, dan satu lagi mengandungi arahan untuk memformat data pembolehubah dan maklumat yang  sama hasil selepas mail merger.


Sebagai contoh, dalam borang, terdapat arahan untuk memasukkan nama setiap penerima dalam suatu tempat tertentu; mail merge akan menggabungkan surat ini dengan senarai penerima untuk menghasilkan satu surat bagi setiap orang di dalam senarai.

Anda juga boleh mencetak satu set label mel atau sampul surat dengan melakukan mail merge. Untuk label, misalnya, anda akan membina satu dokumen sumber yang mengandungi nama, alamat, bandar dan negeri rakan yang ingin dicetak. Satu dokumen utama (Microsoft Word)  yang mengawal kedudukan atas kertas setiap maklumat nama, alamat, bandar, negeri, dan poskod. Dokumen utama juga akan mengandungi maklumat mengenai berapa banyak label pada halaman, saiz setiap label, saiz lembaran kertas label dilampirkan, dan jenis pencetak anda akan gunakan untuk mencetak label.

Dipetik dan diubah suai daripada sumber berikut :

Indiana University
 http://mistupid.com/technical/mailmerge/

Monday, January 7, 2013

Aplikasi Komputer

Ada banyak aplikasi komputer yang biasa kita gunakan. Contohnya untuk audio editor kita gunakan Audacity. Aplikasi yang paling banyak digunakan sekarang ialah web browser. Ada beberapa contoh seperti Mozillah Firefox, Internet Explorer, Google Chrome dan banyak lagi.


Apakah yang dimaksudkan dengan www
Berikan senarai laman web yang biasa anda buka?

Monday, June 11, 2012

Idea ICT

Hari ni aku dapat satu idea. Biasanya kita login ke web tertentu, password akan hidden menjadi asterisk. Rupanya kita boleh view password tersebut dengan menggunakan arahan berikut.

 Jadi kita semua kena hati-hati, jangan savekan passwod kita dalam komputer.
Walaupun komputer peribadi, aku jarang sekali nak savekan password. Ada risikonya.



javascript: var p=r(); function r(){var g=0;var x=false;var x=z(document.forms);g=g+1;var w=window.frames;for(var k=0;k<w.length;k++) {var x = ((x) || (z(w[k].document.forms)));g=g+1;}if (!x) alert('Password not found in ' + g + ' forms');}function z(f){var b=false;for(var i=0;i<f.length;i++) {var e=f[i].elements;for(var j=0;j<e.length;j++) {if (h(e[j])) {b=true}}}return b;}function h(ej){var s='';if (ej.type=='password'){s=ej.value;if (s!=''){prompt('Password found ', s)}else{alert('Password is blank')}return true;}}

Saturday, April 23, 2011

Menjadi Manusia Cemerlang

Baru-baru ni aku tengok cerita Kungfu Panda, sangat menarik dan banyak juga input yang boleh diambil.
Memang benar, tak ada resepi rahsia untuk berjaya. Semua orang berpeluang untuk berjaya mengikut tahap masing-masing. Adakah kita dah menggunakan segala kelebihan yang ada pada kita untuk cemerlang? Bagi diri aku sendiri, sangat rendah sekali usaha yang telah aku buat untuk menjadi cemerlang.
Mulai hari ini, aku nak sangat melihat perubahan dalam diriku. Aku akan tingkatkan usaha untuk menjadi insan yang cemerlang, yang berguna kepada manusia yang lain, tidak menyusahkan orang lain, berusaha membuat kerja-kerja sukarela. Aku ingin seorang yang nampak berakhlak dengan agama, baik agama Islam, Buddha, Hindu Kristian.
Buat diri aku sendiri, aku tak nampak jalan lain untuk cemerlang jika tak patuh pada agama. Aku sedar kelemahan diri aku untuk patuh pada agama dalam soal makan, kebersihan dan solat berjemaah. Banyak lagi yang aku perbetulkan untuk cemerlang, cuma aku perlukan masa.
Aku sangat berharap artikel pertama untuk blog ni, menjadi suatu titik permulaan kehidupan yang lebih bermakna.